OGOS 2022

Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah, Pampasan Dan Kunci Rumah Darulhana Menjadi Kenyataan - Abg Jo


KUCHING, 27 Ogos - Ketibaan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari bin Tun Abg Openg terlebih dahulu melawat rumah KK Haji Anuar bin Samat untuk beliau melihat sendiri rumah baharu tersebut sambil beramah mesra dengan keluarga mereka. 

Setelah itu, Premier Sarawak berjalan kaki ke tapak Perasmian dengan sambutan secara tradisi Melayu. 

Dalam ucapan amanat YAB Abg Jo, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada para penerima kunci rumah dan hak milik tanah seramai 337 orang Ketua Isi Rumah yang akan pindah ke rumah baharu terdiri dari Blok pertama ( Kampung Panglima Seman Lama, Kpg Samarang dan Lot tambahan ) daripada enam blok yang akan dibangunkan dalam projek Darulhana, manakala 426 orang Ketua Keluarga Tambahan akan ditawarkan memiliki rumah di kawasan Penempatan Sungai Bedaun, 

Katanya lagi,beliau amat bersyukur atas kejayaan projek besar tersebut untuk transformasi kampung tradisi Melayu kepada kampung moden telah menjadi kenyataan setelah menempuhi banyak ujian dan tomahan segelintir masyarakat dan yang amat penting adalah, hak milik tanah tersebut di bawah seksyen 18 tanpa pembayaran premium tanah dan tiada had. 

Penempatan Baharu Darulhana dilaksanakan dibawah program pembaharuan Bandar ( Urban Renewal ) yang giat dirancang dan dilaksankan oleh kerajaan Sarawak melalui Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar telah menempatkan  Masjid Darulhana & Taman Islam dan akan membangun Kejiranan yang moden dilengkapi tempat berniaga, dewan serbaguna, kawasan riadah, tadika dan juga Pusat Kejiranan Pintar  berasaskan teknologi digital, Muzium Warisan Melayu, Sekolah Pintar dan kemudahan lain.

Diakhir majlis, YAB Abg Jo menyampai kunci rumah dan hak milik tanah serta pampasan kepada tigapuluh penerima sebagai simbolik majlis. 

Sejurus selepas majlis tersebut, YAB Premier Sarawak terus ke Surau baharu Blok 1A bagi majlis Perasmian Surau dan menamakan nama baharu iaitu Surau Darul Hijrah dan menyasikan acara Penyampian sumbangan Kerajaan Sarawak melalui Majlis Islam kepada pihak Pengrusuan Surau tersebut.

Acara rasmi diakhiri dengan YAB Abg Jo menunaikan Solat Zohor berjemaah bersama penduduk yang turut hadir.

Hadir sama dalam Majlis Perasmian  Darulhana adalah YB Dato Sri Prof Dr Sim Hui Kian, Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Tan Sri Awg Asfia bin Awg Nassar, Speaker DUN Sarawak, YB Dato Sri Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaffar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Parlimen & Undang-undang ), YB Datuk Haji Julaihi Narawi, Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak, YB Datuk Dr Abdul Rahman Bin Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak, YB Dato Sri Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak dan kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku